Thursday, October 28, 2010

KENAPA BEKALAN AIR DI KELANTAN TAK CUKUP DAN KOTOR ???ADA KAH INI SALAH KERAJAAN ???


Pas perintah Kelantan bermula pada tahun 1990.Pada tahun 1995 mereka mengswastakan perkhidmatan air di Kelantan.
Mereka menubuhkan Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) yang mana syarikat usahasama Thames Water dari Britain dan Yakin (anak syarikat PKINK). Thames Water memegang 70 % saham dalam KWSB, manakala Yakin 30%.

untuk maklumat lanjut tentang sejarah KWSB anda boleh klik DI SINI
Setelah beberapa tahun diswastakan,keadaan tetap sama.Tiada perubahan,rakyat tetap menghadapi masalah mendapat bekalan air. Kenapa sudah diswastakan pun masih tak berubah???

Ini kerana wujudnya masalah antara kerajaan negeri dan Thames Water.
Perjanjian itu lebih berat dan menguntungkan Thames Water termasuklah untuk menaikkan tarif air. Itulah yang menyebabkan Kerajaan Kelantan tidak bersetuju.

Inilah contoh "kecerdikan."

Mereka sudah tandatangan perjanjian, selepas itu baru mereka sedar yang perjanjian itu berat sebelah. Kalau sudah tahu berat sebelah janganlah tandatangan dulu. Perinci dulu setiap patah perkataan dalam perjanjian tersebut sebelum tandatangan.

Dari apa yang difahami, ketika itu Nik Aziz berkata dia menandatangan perjanjian tersebut dengan tidak membaca terlebih dahulu isi kandungan perjanjian itu.

Ketika itu dia baru selesai makan nasi.Ada orang hulur dokumen untuk tandatangan, maka dia terus saja tenyeh dokumen itu tanpa meneliti isi kandungannya.
Selepas itu baru dia sedar yang dokumen itu berat berat sebelah.Nasi sudah menjadi bubur, jika dia nak batalkan perjanjian itu maka Kerajaan Kelantan perlu membeli saham Thames Water 70% dengan nilai RM 50 juta.

Selama empat tahun perkara itu berlarutan,maka pada tahun 1999 iaitu beberapa bulan sebelum PRU ke 10 kerana takut mereka menerima kesan teruk dalam PRU tersebut, Kerajaan Kelantan telah membeli saham-saham Thames Water yang bernilai RM50 juta.

RM50 juta duit melayang kerana kelalaian dan kelemahan seorang MB dariPAS.Mereka terpaksa bayar balik kepada orang asing untuk mendapat harta mereka.

Yang melucukan, semua perkara ini berlaku akibat kelemahan Nik Aziz.TapiNik Aziz pula dijulang sebagai seorang hero kononnya berjaya menghalau British keluar.

Seorang exco yang bijak pandai menguruskan ekonomi Kelantan berkata “penstrukturan semula pengurusan air di Kelantan ini mempunyai sejarah besarnya yang tersendiri, Tok Guru (Nik Aziz) berjaya mengusir British untuk kali yang kedua.”

Siapa yang begitu "cerdik" membawa masuk Thames Water ke Kelantan?

Baca tulisan sepenuh tanpa suntingan untuk maklumat selanjut nya klik DI SINI

saya pun sudah alami setelah saya berada di GALAS dengan air kuning dan air nya sekejap ada sekejap tak ada.apa pun kerajaan negeri bertangung jawab dengan apa yang terjadi di kelantan.apa pun pengundi di GALAS harus sedar,apa yang berlaku ini di jadikan iktibar untuk semua rakyat GALAS.fikir-fikir kan lah rakyat kelantan adakah anda mahu lagi parti nama jer ISLE tp penduduk di abaikan ataupun parti yang menguntung kan rakyat itu sendiri dengan pembangunan dan macam-macam bantuan yang di beri oleh kerajaan



sumber ---> badutrakyat.blogspot.com

PAS Benarkan Chan Ming Kai Persenda Ayat Suci Al Quran

19 September 2009, Chan Ming Kai (ADUN PKR Simpang Pulai) bertakbir dan bertahmid dari rumah ke rumah di Kampung Tanjung Simpang Pulai pada malam Hari Raya Puasa pada tahun lepas. Orang-orang PAS menjemput Chan Ming Kai untuk bersama-sama dalam program dari rumah ke rumah tersebut. Ada orang PAS yang tidak berpuashati dengan tindakan Chan Ming Kai dan mereka memuat naik video tersebut di Youtube.

25 Oktober 2010, Chan Ming Kai sekali lagi mencemarkan kesucian agama Islam bila bertindak membaca dan menafsirkan ayat suci Al Quran dalam pilihan raya kecil Galas. Chan Ming Kai bertindak demikian dalam satu ceramah di Padang Sivik, Gua Musang. PAS membenarkan sekali lagi ayat suci Al Quran digunakan oleh orang kafir untuk tujuan politik.

Dalam program tersebut, hadir sama adalah Nik Mohamad Amar Nik Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Namun Nik Amar tidak menegur langsung perbuatan yang dilakukan oleh Chan Ming Kai. Sama seperti di Bukit Gantang bila Nga Kor Ming mempermainkan ayat suci, PAS menghalalkan dan membenarkan ayat suci digunakan asalkan mereka dapat undi. Tindakan PAS ini menyerlahkan bahawa adalah parti yang tidak mempertahankan kesucian Islam.

Orang Islam harus menerima pendapat Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia pada 6 April 2009 yang berpandangan, "tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan Al-Quran". Jangan kerana terlalu fanatik berpolitik, maka orang bukan Islam dibela dan diagungkan hinggakan pandangan mufti ditolak ketepi.

PAS IBARAT YAHUDI ZIONIS !!! MERAMPAS TANAH ORANG ASLI

tadi saya telah membuka pekung PAS kerana PAS telah menipu orang asli dengan merampas tanah-tanah dari orang cina.Untuk makluman,lebih 90 peratus penduduk orang asli di sini menganut dan beragama Islam. Dengan zalim, tanah mereka dirampas semata mata untuk diberikan kepada seorang bangsa Cina Singapura untuk kegiatan tanaman sayuran sendiri.kami telah menemuramah salah seorang penduduk orang asli di sana, korang dengarlah sendiri rintihan mereka, bertapa zalimnya kerajaan parti islam semalaysia mencuri dan merampas tanah milik orang asli yang mana mereka ini 90 peratus beragama islam, agama sama seperti yang kita anuti, pas menzalimi manusia seagamanya untuk mengkayakan berberapa ekor tokey-tokey cina singapura yang mana menteri mantornya kawan baik nik ajis.sila ikuti pendedahan ekslusif di bawah..kawan sy blogger DET atau darul ehsan today telah menemuramah salah seorang penduduk asli..





itu lah dia sedikit pendedahan oleh orang asli di kawasan tersebut,kepada sesiapa dari DUN GALAS yang melihat video ini kami harap anda sedar apa yang PAS telah lakukan selama 20 tahun selepas memegang kelantan...janji janji manis ingin memberi geran tanah sampai sekarang pun cuma janji kosong...



sumber --> badutrakyatblogspot.com